Selasa, 16 Disember 2008

Masa Depan Smart Plan Group

Misi dan Visi:
Keutamaan dalam Program Smart Plan

Setiap program harus mempunyai Misi dan Visi untuk menentukan hala tuju matlamat pada masa hadapan. Tanpa Misi dan Visi yang jelas umpama kapal yang tiada arah tuju yang hanyut di tengah lautan yang teramat luas.

Adakah anda merasakan program ini dapat memenuhi kehendak semua ahli???
Apakah program sebegini tiada jalan penamat???

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itu adalah lumrah kehidupan dalam kehidupan. Suatu hari nanti semua orang merasakan kematian. Semua orang bakal meninggalkan pekerjaan kerana bersara atau faktor umur. Apa jua yang anda miliki akan ada penamatnya. Satu penipuan jika anda mengatakan anda mampu mengekalkan segalanya. Sememangnya mustahil !!!

Begitu juga dengan Program Smart Plan ini. Ianya akan berterusan selagi ada ahli yang menyertai program ini. Namun persoalannya sampai bila?? Setiap program pasti akan menemui zaman kegelapan atau penghujungnya. Apa yang bakal terjadi pada penghujungnya adalah persoalan yang harus di rungkai demi keadilan setiap peserta yang menyertai Program ini.

Jika program lain tidak mengakui realiti ini biarlah Program Smart Plan ini bersikap jujur pada ahli-ahlinya. Secara logiknya program sebegini tidak akan rancak buat selama-lamanya. Ini satu realiti yang harus setiap ahli terima. Oleh sebab yang demikian pengurusan Smart Plan telah merangka Plan agar tiada ahli yang akan kerugian setelah menyertai program ini. Kita yang telah berjaya tidak boleh sama sekali membiarkan ahli-ahli yang di bawah terus kerugian kerana ahli-ahli inilah yang membantu anda untuk berjaya.

Bagaimana caranya kita akan menghapuskan zaman kegelapan Smart Plan ini dari di rasai oleh ahli-ahli yang datang pada penghujungnya???

Inilah yang di katakan Misi dan Visi: Keutamaan dalam Program Smart Plan. Memastikan tiada seorang pun ahli yang membuang masa dan wang begitu sahaja. Oleh sebab yang demikian setiap ahli mesti/wajib menerima konsep yang di cadangkan ini.



Cadangan masa depan Smart Plan Group.

Cadangan ini harus di terima oleh semua ahli. Cadangan utama adalah untuk mewujudkan Tabung Ekonomi Smart Plan Group.

Tujuan utama ialah menyediakan pendapatan berterusan bagi ahli-ahli yang tidak mencapai kejayaan maksima. Kejayaan maksima bermaksud ahli-ahli yang telah mencapai kejayaan perolehan sebanyak RM250 yang pertama.

Setiap ahli yang telah mendapatkan perolehan RM250 yang pertama akan di potong sebanyak RM 100 bagi perolehan bulan yang berikutnya. (Ini hanya untuk sekali pada tahap ini sahaja.)

Setelah ahli mencapai perolehan RM1000 maka RM50 akan di potong untuk bulan seterusnya. Dan begitulah jumlah yang bakal di potong setiap kali ahli mencapai sasaran perolehan tiap-tiap RM1,000.

Setiap wang yang telah di potong dari perolehan ahli tersebut akan di masukkan ke dalam Tabung Ekonomi Smart Plan Group.

Melalui Tabung ini kita akan membina rangkaian perniagaan yang dapat menghasilkan keuntungan dengan meletakkan kepada perniagaan dengan keuntungan harian, mingguan dan bulanan sahaja. Kesemua keuntungan ini akan di masukkan semula ke dalam Tabung Ekonomi Smart Plan Group.

Perniagaan yang di jalankan tidak akan di lakukan oleh pihak pengurusan tetapi pihak pengurusan akan mencari sumber perniagaan yang boleh di jalankan oleh ahli-ahli yang berkelayakan. Kita akan meletakkan pembahagian secara sama rata iaitu 50 - 50 di antara peniaga dan juga Smart Plan Group. Dengan ini secara tidak langsung kita akan mempunyai Ekonomi kita sendiri.

Setiap sen dari Tabung Ekonomi ini akan di gunakan semaksima yang mungkin untuk mendapatkan keuntungan berjangka masa panjang. Jika ini dapat di realisasikan maka tiada ahli yang bakal tercicir dari menerima hasil yang berterusan. Dan tiadalah istilah zaman kegelapan dalam Program Smart Plan ini.

Setiap ahli boleh memberikan sebarang cadangan agar Ekonomi Smart Plan bertambah berkembang. Sesungguhnya idea-idea dan pendapat dari anda bakal menjadikan Smart Plan Group bertambah kuat dari masa ke semasa. Setiap cadangan bagi menambah baikkan Tabung Ekonomi Smart Plan Group ini akan di timbang secara terperinci untuk di laksanakan sekiranya membawa kepada kebaikan program ini.

Setiap sen yang keluar dan masuk melalui Tabung ini boleh di semak oleh setiap ahli di laman blog ini. Kesemua fakta dan jumlah akan di siarkan dan di kemaskini dari masa ke semasa. Semua bukti-bukti perniagaan yang di jalankan jua akan di paparkan untuk semakan setiap ahli. Ini bermakna setiap ahli dalam Smart Plan terlibat secara langsung denga apa jua perniagaan yang bakal di jalankan.


Setiap ahli juga di galakkan untuk memberi idea perniagaan yang bakal di jalankan atau ahli itu sendiri ingin menjalankan perniagaan dengan suntikan modal dari Tabung Ekonomi Smart Plan dengan perjanjian keuntungan 50 - 50.

Cadangan ini masih di peringkat awal untuk melakukan sebarang perniagaan atas faktor modal. Oleh yang demikian untuk peringkat permulaan ini Pihak Pengurusan hanya akan mengemas kini jumlah terkumpul dari Tabung Ekonomi Smart Plan Group untuk tatapan semua ahli. Setiap ahli boleh menyemak unjuran yang di buat pada laman blog utama Smart Plan Group.

Perniagaan hanya akan di jalankan setelah Tabung Ekonomi Smart Plan Group mencecah RM10,000 terkumpul minima.

Oleh itu Pihak Pengurusan memohon kesemua ahli-ahli Smart Plan agar sama-sama menyokong dan membantu agar setiap ahli dapat merasai hasil dari menyertai Smart Plan Group ini tidak kira sama ada anda ahli baru atau lama.

Cadangan ini hanya bertujuan untuk memastikan tiada ahli yang merasa kerugian selepas menyertai Smart PLan Group.

Semua maklumat terperinci tentang Tabung Ekonomi Smart Plan akan dapat setiap ahli lihat setelah Misi dan Visi ini memulakan langkah untuk di realisasikan...

Ingatlah.. Kita harus menjaga kepentingan setiap ahli tanpa membiarkan walau seorang ahli tercicir. Marilah kita tunjukkan kekuatan kita dalam Smart Plan ini kepada semua orang yang berada di luar sana.

Bersama Kita Membina Kejayaan...